REFLEKSI PEMBELAJARAN MAKROPENGAJARAN
Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, demi meningkatkan pencapaian murid-murid , di samping mengurangkan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk membuat perancangan pengajaran, guru perlu melaksanakan beberapa perkara di bawah :
• Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran
• Membuat skema rancangan kerja untuk tahunan
• Menyediakan persediaan pengajaran harian
Walaupun saya telah menjadi seorang guru selama 15 tahun, saya berasa tertekan dengan tugasan ini juga. Masalah utama yang saya hadapi ialah tidak mempunyai perakam video yang lengkap dan pada hunjung tahun, tugasan dan aktiviti sekolah banyak. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah meminjam kamera dari rakan sejawat saya. Kamera itu boleh merakam 30 minit untuk satu babak. Saya berjaya merakam dalam tempoh 30 minit. Saya telah dapat belajar serba sedikit tentang pengetahuan merakam dengan bantuan teknologi yang canggih ini.
Persediaan rancangan yang disediakan dengan berkesan, teliti dan lengkap merupakan kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik telah membantu saya mencapai objektif pelajaran. Semasa menyediakan rancangan pengajaran harian,saya menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat murid saya. Saya telah menggunakan strategi Pembelajaran Masteri dan strategi Pembelajaran Akses Kendiri. Murid-murid telah diberi tanggungjawab dan memastikan pencapaian mereka dalam pembelajaran ini . Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) pula memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
Semasa menjalani aktiviti pengajaran, didapati murid-murid amat berminat dan berani untuk melibatkan diri dalam sesi soal jawab walaupun jawapan mereka tidak betul. Oleh itu, guru perlu membetulkan jawapan mereka dan meminta murid itu mengulangi jawapan yang betul. Apabila murid menjawab soalan dengan betul,murid-murid yang lain akan mengepuk tangan demi memberi galakkan . Keadaan ini menggalakkan murid-murid berani menjawab soalan.
Oleh kerana murid-murid akan menjalankan eksperimen, oleh itu, saya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di makmal Sains yang lengkap dengan alat untuk menjalankan eksperimen. Saya telah menyediakan ruang yang sesuai untuk murid-murid menjalankan eksperimen.
(BBM) sebagai set induksi pengajaran ( Langkah 1 ) dalam rancangan mengajar harian.
BBM yang saya gunakan jelas dilihat oleh semua murid termasuk yang duduk di bahagian belakang makmal.Oleh itu, murid-murid dapat menjawab soalan dengan betul.
Semasa saya membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan, mereka mematuhi arahan guru, dan mengetepikan buku laporan dan alat tulis ke tepi supaya apabila menjalankan eksperimen ,ruang yang cukup dapat disediakan. Apabila wakil kumpulan tampil ke depan mengambil BBM untuk membuat eksperimen, mereka berdisiplin dan beratur.
BBM ( Langkah 2 ) untuk membuat eksperimen
Semasa menjalankan eksperimen , saya memerhati tingkah laku murid-murid dan memberi tunjuk ajar supaya mereka menjalankan eksperimen dengan betul dan membuat kesimuplan dengan betul. Akan tetapi didapati beberapa orang murid tidak dapat menumpukan perhatian semasa eksperimen dijalankan .Saya perlu menegur mereka supaya semasa menjalankan eksperimen perhatian perlu ditumpu , menjaga kebersihan , keselamatan diri dan ahli kumpulan.
Dari segi sumber dan bahan bantu mengajar yang saya sediakan sesuai dari segi saiz, minat, keupayaan dan umur murid. Saya juga telah memastikan salah seorang wakil dari setiap kumpulan mencatat keputusan eksperimen selepas satu ujikaji dibuat .Sekolah saya merupakan sekolah gred A ,kelas yang saya ajar merupakan kelas yang biasa. Murid-murid faham arahan saya dan mematuhi peraturan semasa menjalankan eksperimen, telah menyakinkan saya semasa berada di makmal sains.
Kemahiran menyoal merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid, serta antara murid dengan murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.Tambahan pula, penyoalan dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan semasa membuat perbincangan. Soalan yang saya kemukakan dapat dijawab oleh murid-murid secara spontan. Soalan-soalan yang saya kemukakan ada kaitan dengan pengalaman dan aktiviti murid harian. Seperti "Apakah rasa peria ?" “Peria boleh dimasak dengan apa benda, supaya menjadi sejenis makanan yang sedap.” Ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Semua murid telah melibatkan diri secara aktif semasa guru menyoal. Saya telah menggunakan teknik menyoal pada setiap peringkat iaitu set induksi, langkah 1, langkah 2 dan peringkat penutup pelajaran.
Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains sekolah rendah ialah dengan menggalakkan murid-murid menjalankan eksperimen dan membuat rumusan. Saya menggunakan cara ini sebagai penutup . Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid menyakinkan diri , berani menyebut dan berani merumuskan hasil kerja antara ahli kumpulan .
Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, aktiviti yang dirancangkan akhirnya dapat diselesaikan, keseluruhan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan menggunakan ICT untuk menjalankan set induksi . Selain itu , saya akan meminta wakil kumpulan tampil ke depan untuk melaporkan laporan yang telah dibuat. Selepas itu, semua murid akan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan.
RUMUSAN
Melalui refleksi pengajaran mikro dan makro, saya dapat mengetahui kekurangan dan kelebihan saya melalui komen yang dibuat oleh rakan saya. Di samping itu, saya berpeluang menonton hasil pengajaran melalui rakaman yang dibuat untuk menilai pengajaran dan pembelajaran itu demi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya. Refleksi pengajaran amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal demi mencapai matlamat pada masa kelak.
Setiap guru hendaklah kreatif dan menggunakan bahan sumber yang ada di dalam bilik sumber sekolah. Selain itu, guru juga hendaklah mengambil berat sosio budaya dan ekonomi setempat agar penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan bahan di sekeliling kelas dan kediaman murid sebagai sumber pembelajaran demi menepati dan mencapai objek pengajaran.
No comments:
Post a Comment