My Blog List

Friday, December 2, 2011

Refleksi Mikro Pengajaran

Refleksi Mikro Pengajaran
Kekuatan
Kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalan tugasan mikro pengajaran ialah bahan-bahan atau alat bantu mengajar yang disediakan pelbagai,berwarna-warni dan menarik perhatian murid-murid. Murid-murid menunjukkan keghairahan akan pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan.Hal ini memberi semangat dan ketekunan kepada guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanakan tugasan mikro pengajaran ialah disiplin murid-murid di luar kawalan. Murid-murid bersorak dan menjerit semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Suasana di dalam kelas menjadi riuh dan bising.Guru berasa cemas,naik marah,akibatnya guru terpaksa meninggikan nada suara dalam suasana yang tegang.
Langkah mengatasi
Setiap kelemahan yang dikesan memerlukan penambah baikan  bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikro pengajaran, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah guru memberi arahan yang tepat dan ringkas sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Guru tidak harus berasa cemas atau naik marah apabila berhadapan dengan tingkah laku murid-murid yang luar kawal atau melampau.Guru perlu mengawal disiplin murid sebelum pengajaran dan pembelajaran diteruskan.Hal ini akan membantu guru menyambung bahagian penyampaian pengajaran yang seterusnya dengan lancar dan berkesan.

No comments:

Post a Comment